
AnCasa Residences, Port Dickson: Lima Bintang dari Kami!
AnCasa Residences, Port Dickson. Nah! lima bintang saya rate.
Percutian ni boleh dikatakan antara yang paling best dan rare yang saya dan isteri pernah alami. Untuk seseorang yang jarang menginap di hotel atau jarang bercuti (kitorang prefer rumah sebab ada landscape cantik and my wife design our house dengan concept aesthetic ala-ala Pinterest gitu.), trip ke AnCasa Residences, Port Dickson by AnCasa Hotels & Resorts ni betul-betul buat kami rasa lain macam. Lokasi dia memang ngam – tepi pantai, dekat dengan PD Beach, memang tak ada apa nak complain. Sampai je dekat kawasan hotel, fuh rasa angin pantai buat hati tenang dan dah siap fikir nak enjoy beach view waktu tu.
Menginap di Apartment 1 Bilik yang Memang Selesa
Kami ke front office untuk mengambil kunci apartment. Staff di front office peramah, siap bagi tips lagi tempat makan best dekat-dekat sini.
Kitorang duduk dekat apartment satu bilik yang luas dan bersih. First impression memang penting, dan apartment ni memang tak mengecewakan. Dalam apartment ada ruang tamu, bilik, dry kitchen and balkoni. Bila masuk bilik, semua rapi dan kemas, tak ada benda bersepah atau yang tak kena. Rasa selesa betul, macam duduk rumah sendiri. Salah satu sebab kami jarang ke hotel atau servis apartment adalah sebab takot toilet and shower tidak bersih ikut specs isteri saya. Isteri saya ni hygenic, sangat sangat pembersih. So bila masuk je apartment, kami mesti check toilet dan shower dan memang sangat-sangat bersih.

Aktiviti: Dari Kolam ke Banana Boat
Dekat AnCasa ni, kemudahan dia memang terbaik! Ada kolam renang, gelanggang untuk aktiviti sukan, dan yang paling penting – PANTAI DI DEPAN MATA. Setiap petang sepanjang di AnCasa PD, saya dan isteri turun ke pantai, duduk tepi laut sambil menikmati pemandangan. Ombak dia tenang, matahari nak terbenam, dan bila angin sepoi-sepoi tu datang, memang rasa segala stres hilang. Dan yang ni memang takde dekat rumah kami, so kami memang enjoy the moment waktu tu.

Yang paling win? Banana boat. Kitorang dah lama teringin naik, dan kali ni peluang memang tak dilepaskan. Ternyata berbaloi habis, siap ada rasa nak buat lagi next trip. Kalau nak kata pengalaman ni ‘majestic’, memang tepat!
Layanan Staff yang Terbaik
Satu kejadian yang buat saya rasa dihargai sebagai pelanggan adalah bila saya tertumpahkan makanan kat lantai bilik. Bukan sikit, habis lantai jadi kotor. Saya terus call housekeeping, dan dalam masa beberapa minit, staff datang dengan senyuman, bersih sekelip mata. Memang tak sangka mereka boleh cepat dan mesra macam tu. Layanan macam ni jarang kita jumpa plus kejadian berlaku pada lewat jam 10 malam, dan ini buat kami rasa betul-betul dijaga sebagai tetamu.
Makan-Makan: Restoran Hotel & Kedai Sekitar
Untuk bab makan, saya dan isteri try makan kat restoran hotel dan beberapa kedai yang dekat sangat dengan hotel ni. Restoran dia cozy, sesuai untuk lepak santai sambil makan.
Tapi, kitorang pun try kedai area sini – rasa makanannya enak dan harga berpatutan. Seronok juga dapat rasa makanan ori Nogori Sembilan, lebih meriah rasa percutian.
Pengalaman yang Buat Kami Rasa Nak Kembali
Jarang-jarang kami nak puji hotel macam ni, sebab honestly, kami lebih suka duduk rumah. Tapi AnCasa ni lain macam sikit. Dari bilik yang selesa, suasana pantai yang tenang, aktiviti yang seronok, sampai ke layanan yang mesra, semuanya buat kami rasa puas hati.
Kadang-kadang, meluangkan masa untuk relax dan escape dari hiruk-pikuk bandar dan kerja ni penting, dan AnCasa memang deliver betul.

Kesimpulan: AnCasa Residences PD Memang Berbaloi
Secara keseluruhan, AnCasa Residences, Port Dickson bagi kami pengalaman yang memang tak akan kami lupakan. Bagi siapa yang nak lari dari kesibukan kerja dan tenangkan diri sambil hirup udara pantai, memang tak salah pilih AnCasa. Percutian kat sini bukan sekadar penginapan – dia bagi memori dan pengalaman yang priceless.
AnCasa Residences, kami pasti akan datang lagi!